Permohonan UUM Ambilan Kedua Mac 2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Universiti Utara Malaysia (UUM) secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, dengan misi yang unik untuk memberikan kecemerlangan akademik dalam bidang pengurusan perniagaan, IT, dan pengurusan kualiti. Dengan dunia akademik serta alam kerjaya yang semakin hari semakin mencabar ini, universiti itu sendiri telah ditubuhkan bagi mengikuti peredaran tersebut.
UUM telah memfokuskan bidang khusus akademiknya untuk lebih tertumpu pada bidang disiplin seperti pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pembangunan keusahawanan, pengurusan pelancongan, perbankan dan kewangan, pembangunan sosial, pembangunan sumber manusia dan pengurusan hal ehwal antarabangsa.
Permohonan kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Ambilan Kedua untuk bulan Mac tahun 2025 secara atas talian akan dibuka tidak lama lagi. Ianya terbuka kepada para pelajar lepasan Diploma yang berminat untuk menyambung pengajian di UUM. Panduan buat mereka yang ingin membuat permohonan perlulah sentiasa peka dan mengemaskini permohonan di dalam sistem online bagi mendapatkan tawaran ke UUM untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.
PERMOHONAN UUM AMBILAN KEDUA MAC 2025 ONLINE
Kepada para pemohon, permohonan UUM ambilan Mac 2024 untuk program Ijazah Sarjana Muda ini bakal dibuka secara online pada bulan Disember 2023 menerusi Portal Rasmi UUM. Permohonan ini diiklankan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda bagi ambilan Semester Kedua Sesi 2023/2024. Maklumat bagi tahun 2024/2025 akan dikemaskini. Ianya adalah untuk calon lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dan Kerajaan Malaysia dan maklumatnya adalah seperti berikut:
TARIKH-TARIKH RASMI PERMOHONAN | ||
Dibuka | Ditutup | Penerimaan akhir dokumen yang telah lengkap daripada pihak UKRP |
18 Disember 2023 | 1 Februari 2024 | 1 Februari 2024 |
Permohonan telah dikemaskini seperti tarikh-tarikh di atas |
CARA MEMBUAT PERMOHONAN UUM MAC 2024 ONLINE
PERMOHONAN ONLINE KE UUM ASISONLINE
Maklumat di bawah akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Lampiran A: Program yang ditawarkan. Terdapat 20 kursus yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Lampiran B: Syarat am dan syarat khas
Lampiran C: Bayaran wang proses
Lampiran D: Contoh salinan pengiktirafan MQA
Lampiran E: Kadar Yuran
*Peringatan:
- Para pemohon diingatkan untuk menyimpan no. borang sebagai rujukan anda
- Permohonan anda yang tidak lengkap atau diterima selepas daripada tarikh akhir terimaan dokumen, permohonan tersebut tidak akan diproses. Keputusan bagi kemasukan dijangka akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini dan boleh membuat semakan di sini
SYARAT AM PERMOHONAN UUM
Sila pastikan kelayakan permohonan anda seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Memiliki kelulusan Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UUM AMBILAN KEDUA FEBRUARI 2024
Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada 11 Mac 2024 dengan melayari laman sesawang yang sama.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan ini, pemohon boleh membuat sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat berikut:
Laman sesawang ASISONLINE UUM
Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04 928 3323/ 3324/ 3334/ 3335/ 3309
Fax: 04-9283305
E-mel: admission_ug@uum.edu.my