Semakan ujian Medsi UA dan temuduga UPSI 2024-2025 Program ISMP
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia adalah satu ujian untuk pemilihan untuk menilai pemohon yang telah memohon untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf. Ujian ini adalah sebagai penilaian syarat kelayakan untuk pemohon untuk mengetahui keupayaan calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi. Soalan dalam ujian ini telah digubal oleh sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia. Soalannya adalah berbentuk psikometrik.
Untuk pengetahuan semua, semakan ujian MEdSI ini terbuka kepada pemohon lepasan STPM/setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke universiti awam untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Ujian MEdSI ini akan dikendalikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Selain daripada UPSI terdapat juga universiti awam lain yang menawarkan program ISMP antaranya ialah UUM, UPM, UM, UiTM, UTHM, USM, UKM dan UIAM. Namun semakan MEdSI telah diselaraskan oleh UPSI bagi memudahkan pemohon membuat semakan.
SEMAKAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI PROGRAM ISMP
Bagi memudahkan semua, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dan cara-cara membuat semakan menduduki ujian MEdSI bagi tahun 2024. Semoga dapat membantu:
TARIKH SEMAKAN MENDUDUKI UJIAN MEdSI | ||
Dibuka | Masa | |
7 Mei 2024 | Selepas 500pm | |
Semakan menduduki ujian MEdSI boleh dilakukan dengan melayari pautan berikut. Calon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan: | ||
Semakan Menduduki Ujian MEDSI Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan | ||
Ujian MEdSI akan diadakan pada 13 Mei hingga 26 Mei 2024 | ||
TARIKH SEMAKAN MENDUDUKI TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN | ||
Dibuka | Ditutup | |
16 Mei 2024 | – | |
Semakan untuk panggilan temuduga bukan pendidikan/ujian khas UPSI boleh dibuat dengan melayari pautan berikut. Sila ikut langkah yang dipaparkan di skrin dengan mengisi nombor kad pengenalan masing-masing: | ||
Semakan Menduduki Temuduga Bukan Pendidikan (UPSI) | ||
UPSI : Ujian Medsi | UIAM | |
UNISZA | UTHM | |
UMT | UITM | |
UKM | UMS | |
UM | UMK | |
USIM | UPM | |
UTM | USM | |
UNIMAS | UUM | |
UPNM | ||
TARIKH SEMAKAN MENDUDUKI TEMUDUGA PENDIDIKAN | ||
Dibuka | Ditutup | |
Mei 2024 | – | |
Semakan untuk panggilan temuduga pendidikan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut. Sila ikut langkah yang dipaparkan di skrin dengan mengisi nombor kad pengenalan masing-masing: | ||
Semakan Menduduki Temuduga Pendidikan |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | ||
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, pemohon boleh ajukan pertanyaan dengan melayari pautan berikut: | ||
Laman Web Rasmi Aplikasi Kemasukan UPSI |