Permohonan UIAM Ambilan Kedua/Second Intake Mac 2025

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Ini adalah berita baik untuk pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke mana-mana universiti awam ambilan pertama kerana peluang anda untuk melanjutkan pelajaran masih terbuka melalui permohonan untuk ambilan kedua. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ialah antara universiti awam yang akan membuka permohonan ambilan kedua selain UiTM, UTM, UTHM, UMP, UPSI dan UUM.

UIAM membuka luas permohonan ini kepada pelajar dari pelbagai jenis kelulusan seperti lepasan SPM, STPM, STAM, diploma, asasi UIAM/asasi UiTM/PASUM dan juga untuk pemohon dari luar negara, yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ambilan kedua ini adalah untuk kemasukan pada Mac 2025.

Permohonan ambilan kedua yang dilakukan dalam talian (online application) ini akan dibuka tidak lama lagi. Permohonan ini dijangka akan dibuka pada bulan November 2024 berdasarkan tarikh tahun lepas.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UIAM AMBILAN KEDUA 2024

Berikut adalah maklumat penting (tarikh dan cara permohonan, syarat kelayakan) berkenaan permohonan kemasukan ke UIAM ambilan kedua 2024:

UPUOnline 2 1 1

TARIKH PERMOHONAN KE UIAM AMBILAN KEDUA 2024
Permohonan untuk program Sarjana Muda
BukaTutup
1 November 202431 Disember 2024

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN KE UIAM AMBILAN KEDUA 2024

PERMOHONAN ONLINE KE UIAM

klik siniPermohonan Online ke UIAM

Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan melayari pautan di atas.

  1. Bagi pengguna yang sudah mendaftar, sila masukkan email dan kata laluan anda
  2. Untuk pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘daftar akaun’  (register account) dan ikuti langkah berikutnya
  3. Tiada pembelian no pin diperlukan untuk ambilan kedua 2024

SYARAT KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN UIAM

Berikut adalah syarat kelayakan umum bagi lepasan SPM, STPM/setaraf:

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, dan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
  • Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf dengannya
  • Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM atau setaraf dengannya

SYARAT KELAYAKAN BERDASARKAN KELULUSAN

SYARAT KELAYAKAN BAGI LEPASAN STPM:

  • Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua (2) mata pelajaran lain
  • Hendaklah memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) berdasarkan syarat khas program yang dipohon dan pihak universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu

SYARAT KELAYAKAN BAGI LEPASAN STAM:

  • Lulus peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan

SYARAT KELAYAKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA ATAU KELAYAKAN SETARA DENGANNYA:

  • Memiliki PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

SYARAT KELAYAKAN BAGI LEPASAN ASASI UIAM:

SYARAT KELAYAKAN BAGI PEMOHON LUAR NEGARA:

  • Mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan, ATAU
  • Berkelulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi, ATAU
  • Memiliki mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai setaraf dengan kelulusan di atas

PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak UIAM dengan cara berikut:

International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur
Phone : (+603) 6196 4000
Fax : (+603) 6196 4053
Email : webmaster@iium.edu.my

Close