Tarikh Pembelian Nombor Pin Unik UPU Kemasukan Sesi 2025/2026

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2025-2026. Anda mempunyai peluang untuk menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam dengan kelayakan akademik yang anda perolehi. Untuk makluman, permohonan UPU akan dibuka pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan dan pemohon perlu terlebih dahulu membuat pembelian nombor pin Unik ID UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

UPU Online merupakan sistem atas talian yang dibuat khusus untuk tujuan memudahkan urusan pelajar membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Antara program yang dibuka untuk permohonan termasuk dalam peringkat sijil, asasi, diploma, dan ijazah sarjana. Para pelajar digalakkan agar meneliti bidang-bidang pengajian yang bakal dipilih mengikut potensi, kemahiran, dan minat serta kelulusan pengajian sebelum ini.

Harga bagi setiap pin Unik ID UPU pada tahun ini adalah sebanyak RM10.60 (tiada caj/cukai dikenakan ke atas permohonan UPUOnline). Pelajar digalakkan agar peka dengan tarikh-tarikh penting melibatkan permohonan UPU Online yang bakal diumumkan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

TARIKH BELI PIN UNIK ID UPU UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA POLITEKNIK ILKA KOLEJ KOMUNITI SESI 2025-2026

Berikut merupakan maklumat tarikh untuk pembelian nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan pemohon. Pembelian nombor Pin Unik ID boleh didapati di kaunter BSN di seluruh negara mulai tarikh berikut:

Tarikh beli nombor pin upu

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU DI BSN
BukaTutup
9 Februari 202518 Mei 2025
Pemohon dikehendaki memastikan nombor Pin UPU berharga RM10.60 yang dibeli di BSN adalah mengikut kategori masing-masing seperti berikut:

permohonan upu 2025

KAEDAH PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU SECARA INDIVIDU

Bagi pembelian secara individu, berikut adalah beberapa kaedah untuk membuat pembelian Pin Unik ID UPU:

  • Terus ke Kaunter BSN
  • Sekiranya pemohon ataupun ibu bapa memiliki Akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin ATM.
  • Melalui Perbankan Internet (Online Banking) myBSN

PERKARA PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU

Sebagai makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU mestilah berdasarkan kepada perkara berikut sebagai rujukan:

  1. Nama
  2. Nombor Kad Pengenalan (IC)

Setelah selesai pembayaran untuk nombor pin Unik ID, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.

INFORMASI LANJUT

Buat mereka yang masih belum jelas tentang tarikh permohonan UPU bagi permohonan UPUOnline sesi akademik 2025/2026 untuk lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf, permohonan akan dibuka bermula:

TARIKH PERMOHONAN UPU FASA 1
BukaTutup
 10 Februari 202514 Mac 2025
point Permohonan UPU online 2025-2026 kemasukan UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti

Sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan UPU 2021 boleh didapati daripada maklumat berikut:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
Phone : 03-8684 2363

pointPortal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
pointFB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)

 INFO BERKAITAN

Close