Kalendar Peperiksaan MUET 2024 Sesi 1, 2 dan 3
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Malaysian Universiti English Test atau lebih dikenali sebagai MUET adalah sebuah ujian yang penting untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar universiti. Dengan mempunyai kelulusan ujian MUET, pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi dan setaraf dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan khususnya Universiti Awam (UA). Hal ini kerana keputusan MUET yang memuaskan adalah salah satu daripada syarat kemasukan ke UA. Setiap pelajar wajib mencapai tahap kelulusan (Band) yang tertentu dalam ujian ini bagi melayakkan diri untuk memohon kemasukan ke mana-mana IPTA mengikut kursus yang dimohon.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal ujian ini dan peranannya termasuklah memastikan peperiksaan MUET sentiasa berjalan dengan lancar. MPM menjalankan MUET sebanyak tiga sesi yang berbeza setiap tahun iaitu sesi Mac, Jun/Julai, dan November.
Pastinya ramai calon yang mencari-cari tarikh penting bagi peperiksaan MUET ini. Berikut merupakan kalendar MUET dan tarikh-tarikh penting bagi memudahkan para pelajar untuk merancang masa serta tarikh yang sesuai bagi mengambil ujian tersebut. Bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET di luar tarikh yang ditetapkan oleh MPM seperti jadual kalendar MUET, MPM juga ada memperkenalkan alternatif iaitu MUET on Demand (MoD) sejak April 2018.
KALENDAR DAN TARIKH PENTING PEPERIKSAAN MUET 2024
Untuk pelajar yang sudah bersedia menduduki peperiksaan MUET bagi tahun 2024, anda boleh merujuk kalendar peperiksaan MUET 2024 yang dikeluarkan oleh MPM secara rasmi. Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan MUET 2024 yang merangkumi tarikh buka pendaftaran, tarikh tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bagi ujian Speaking, Writing, Reading, dan Listening.
KALENDAR MUET 2024 | |||
Perkara | Sesi 1 | Sesi 2 | Sesi 3 |
Tarikh Pendaftaran dibuka | 17 Januari 2024 | 2 Mei 2024 | 8 Ogos 2024 |
Tarikh Pendaftaran ditutup | 8 Februari 2024 | 4 Jun 2024 | 15 September 2024 |
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | 29, 30 April, 6, 7, 8 dan 9 Mei 2024 | 23, 24, 25, 29, 31 Julai dan 1 Ogos 2024 | 3, 4, 5, 9, 10 dan 12 Disember 2024 |
Tarikh Ujian Bertulis (Writing, Reading, Listening) | 27 April 2024 | 3 Ogos 2024 | 7 Disember 2024 |
Nota: Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. | |||
KALENDAR MUET 2025 | |||
Perkara | Sesi 1 | Sesi 2 | Sesi 3 |
Tarikh Pendaftaran dibuka | 9 Disember 2024 | 18 April 2025 | 4 Ogos 2025 |
Tarikh Pendaftaran ditutup | 12 Januari 2025 | 18 Mei 2025 | 7 September 2025 |
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | 8, 9, 10, 14, 16 dan 17 April 2025 | 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 2025 | 26, 27 November, 1, 2, 3, dan 4 Disember 2025 |
Tarikh Ujian Bertulis (Writing, Reading, Listening) | 19 April 2025 | 16 Ogos 2025 | 6 Disember 2025 |
KOMPONEN, MARKAH DAN DURASI UJIAN (LAMA) | ||
Berikut adalah penjelasan terhadap setiap komponen ujian berserta durasi ujian yang dijalankan. | ||
Jenis Ujian | Markah | Durasi |
Ujian Lisan (speaking) | 45 markah | 30 minit |
Ujian Penulisan (writing) | 90 markah | 1 jam 30 minit |
Ujian Pemahaman (reading) | 120 markah | 1 jam 30 minit |
Ujian Pendengaran (listening) | 45 markah | 30 minit |
Jumlah Keseluruhan | 300 markah | |
Format baharu rujuk di MPM Di atas adalah penjelasan setiap komponen ujian berserta durasi ujian. | ||
BAND SKOR MUET | ||
Jumlah keseluruhan markah MUET adalah 300 dan akan dipecahkan kepada 6 band mengikut skor pencapaian anda seperti di bawah. Berikut merupakan senarai band skor serta tahap dan penjelasan bagi setiap band yang boleh dicapai oleh pelajar: | ||
Band Skor | Tahap | Penjelasan |
Band 6 (markah 260-300) | Pengguna Bahasa Yang Sangat Baik | Penguasaan yang sangat baik terhadap bahasa. Sangat ekspresif, fasih, tepat, dan mengikut kesesuaian: tanpa sebarang ketidaktepatan. Mempunyai pemahaman yang bagus terhadap bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sangat bagus dalam bahasa. |
Band 5 (markah 220-259) | Pengguna Bahasa Yang Baik | Penguasaan yang baik terhadap bahasa. Ekspresi, fasih, tepat, dan mengikut kesesuaian tetapi dengan sedikit ketidaktepatan. Pemahaman yang baik dalam bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa. |
Band 4 (markah 180-219) | Pengguna Bahasa Yang Kompeten | Penguasaan yang memuaskan terhadap bahasa. Ekspresif dan fasih yang memuaskan, bahasa yang mengikut kesesuaian tetapi dengan ketidaktepatan yang serba sedikit. |
Band 3 (markah 140-179) | Pengguna Bahasa Yang Sederhana | Penguasaan yang sederhana terhadap bahasa. Ekspresif dan fasih secara sederhana, bahasa yang mengikut kesesuaian tetapi dengan ketidaktepatan yang ketara. Penggunaan yang sederhana dalam bahasa dan konteks. Mampu berfungsi secara sederhana dalam bahasa. |
Band 2 (markah 100-139) | Pengguna Bahasa Yang Terhad | Penguasaan yang terhad terhadap bahasa. Kekurangan ekspresi, fasih dan kesesuaian: penggunaan bahasa yang tidak tepat menyebabkan komunikasi yang kecelaruan. Kebolehan yang terhad untuk berfungsi dalam bahasa. |
Band 1 (markah bawah 100) | Pengguna Bahasa Yang Sangat Terhad | Penguasaan yang kurang baik dalam bahasa. Tidak berkebolehan untuk menggunakan bahasa dalam mengekspreskan idea: penggunaan tidak tepat terhadap bahasa menyebabkan kecelaruan yang kerap dalam komunikasi. Pemahaman yang kurang baik dalam bahasa dan konteks. Tidak berkebolehan untuk berfungsi dengan baik dalam bahasa. |
Dengan kebanyakan jurusan universiti memerlukan band yang tinggi seperti perubatan dan undang-undang, anda digalakkan untuk memastikan pencapaian band yang tinggi bagi menjamin penempatan anda ke universiti. |
MAKLUMAT LANJUT
Buat pelajar yang ingin membuat sebarang pertanyaan sila rujuk maklumat berikut:
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- Kalendar Rasmi MUET 2024
- Kalendar Rasmi MUET 2025
- Kalendar MUET on Demand (MoD)
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Phone : 03 6126 1600
Fax : 03 6136 1488
E-mail : ppa@mpm.edu.my
Related : semoga perkongsian kalendar peperiksaan muet, berikut dikongsikan kalendar peperiksaan muet, untuk panduan para calon, malaysia mpm telah mengeluarkan, 3 sesi,