Syarat Kemasukan Kolej Profesional Mara

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan sebuah kolej yang berada di bawah naungan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan pelbagai program Diploma untuk lepasan SPM. Ia bermula dari sejarah penubuhan sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) dan kemudiannya MARA telah menubuhkan KPM yang pertama pada bulan Mei tahun 1977 di Kuala Lumpur. Hasil daripada itu, MARA meneruskan usaha memperbanyakkan bilangan institut ini kepada enam buah kolej merentasi ke 5 lagi negeri seluruh Malaysia iaitu di Johor, Perak, Pahang, Melaka dan Selangor.

Misi MARA adalah untuk melahirkan pemimpin dalam kalangan pelajar selari dengan sebab utama MARA menubuhkan KPM.  Sehubungan itu, pelajar di KPM aktif menyertai program dan organisasi kepimpinan sehingga mereka sendiri mampu mengendalikan organisasi-organisasi tersebut dengan bimbingan penasihat. KPM merupakan sebuah kolej yang mendapat bantuan dan sokongan penuh kerajaan. Mereka menawarkan program diploma dan sijil yang bercirikan sepenuh masa serta mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). KPM membuka pengambilan kemasukan sebanyak dua kali pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Permohonan KPM untuk bulan Julai 2024 boleh dibuat dengan merujuk kepada portal rasmi MARA. Permohonan pengambilan ke KPM untuk sesi 2 2024/2025 telah dibuka sejak 27 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024. MARA juga menetapkan syarat kelayakan yang ketat oleh kerana persaingan di kalangan pelajar yang tinggi. Oleh itu, hanya permohonan yang mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan dipertimbangkan KPM dengan teliti.

SYARAT KEMASUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA BAGI SETIAP KURSUS PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Berikut dikongsikan syarat kemasukan dan kelayakan akademik untuk kemasukan ke Kolej Profesional MARA bagi program Diploma kemasukan tahun 2024 sebagai rujukan umum. Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar merancang perjalanan pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

Syarat KPM 1

SYARAT AM KEMASUKAN

KPM mempelawa setiap pelajar yang berminat untuk memohon program pengajian diploma mereka. Program pengajian ini adalah sepenuh masa dan juga telah diakreditasi oleh MQA. Selain itu, program turut mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam kelas pengajian semasa. Syarat yang diperlukan untuk seorang pelajar memasuki KPM adalah seperti berikut:
  1. Mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi terhadap bidang pengurusan dan keusahawanan.
  2. Memiliki keinginan dan bercita-cita tinggi untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, teknologi, kemahiran berkomunikasi dan peribadi yang mulia.
  3. Merupakan seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi, disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.
  4. Merupakan Warganegara Malaysia.
  5. Merupakan Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak.
  6. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun hingga 35 tahun pada tahun 2024.
  7. Memiliki tubuh badan yang sihat
  8. Telah memenuhi syarat kelayakan minima terhadap akademik mengikut program.

SENARAI KOLEJ PROFESIONAL MARA

Terdapat 6 buah kampus KPM yang ada di seluruh Malaysia iaitu:

  • KPM Beranang, Selangor
  • KPM Bandar Penawar, Johor
  • KPM Indera Mahkota, Pahang
  • KPM Bandar Melaka, Melaka
  • KPM Ayer Molek, Melaka
  • KPM Seri Iskandar, Perak

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM DIPLOMA KPM

Senarai program dan syarat kelayakan akademik SPM bagi setiap program Diploma KPM yang diperlukan untuk seorang pelajar melayakkan diri ke KPM adalah seperti berikut:

BILPROGRAMLOKASI DAN TEMPOHSYARAT KELAYAKAN
1 Diploma in Business StudiesKPM Beranang
KPM Ayer Molek
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
2 Diploma in International BusinessKPM Seri Iskandar
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
3 Diploma in Islamic Banking and FinanceKPM Bandar Melaka
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
4 Diploma in AccountingKPM Beranang
KPM Indera Mahkota
KPM Ayer Molek
KPM Bandar Penawar
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kredit dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Lulus Matematik
– 1 mata pelajaran lain
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
5 Diploma in EntrepreneurshipKPM Bandar Melaka
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
6 Diploma in Creative Digital Media ProductionKPM Indera Mahkota
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
7 Diploma in English CommunicationKPM Indera Mahkota
KPM Seri Iskandar
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Lulus Matematik
– Lulus English dengan minimum gred B
Lulus Temuduga/ Ujian khas
8 Diploma in Computer NetworkingKPM Indera Mahkota
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Matematik
– 1 mata pelajaran lain
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
9 Diploma in Integrated Logistics ManagementKPM Bandar Penawar
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Matematik
– 1 mata pelajaran lain
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
10 Diploma in Computer ScienceKPM Beranang
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 5 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– Matematik
– 3 mata pelajaran lain
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang lulus Fizik dan Matematik Tambahan.
11 Diploma in MarketingKPM Seri Iskandar
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
12 Diploma in Business TechnologyKPM Seri Iskandar
(2 tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
13 Diploma in Halal IndustryKPM Bandar Melaka
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.
– Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mengambil jurusan sains tulen dan mendapat gred baik dalam subjek seperti Kimia dan Biologi.
14 Diploma in Landscape and HorticultureKPM Beranang
(2 setengah tahun)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam peperiksaan SPM / setaraf termasuk mata pelajaran:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran lain
– Lulus Matematik
– Serta lulus English dengan minimum gred D
Calon yang memperoleh gred D dalam English akan dipertimbangkan dan mesti menyertai Program Intensif English (IEP) selama 2 bulan dan lulus dengan minimum gred C.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA KPM MELALUI APEL

Kemasukan ke semua program diploma di Kolej Profesional MARA juga boleh dibuat melalui Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL). Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang APEL, anda boleh layari:

BILPROGRAMSYARAT KELAYAKAN
1 Semua Program Diploma KPMKemasukan melalui APEL:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Calon mesti berumur sekurang-kurangnya 20 tahun pada tahun calon mohon; dan
d) Berpengalaman kerja yang relevan / berpengalaman pembelajaran sebelumnya; dan
e) Lulus penilaian APEL (Ujian Aptitude dan Portfolio) oleh MQA; dan
f) Lulus temuduga

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS

Terdapat juga program Intensif Bahasa Inggeris yang dijalankan di Koleh Profesional Mara seperti berikut:

BILPROGRAMLOKASI DAN TEMPOHSYARAT KELAYAKAN
1 Program Intensif Bahasa Inggeris KPM
(8 Minggu / 2 Bulan)
Kemasukan melalui SPM:
a) Bumiputera
b) Warganegara Malaysia
c) Calon yang memperoleh gred D dalam English d) Hanya calon yang lulus Program Intensif English (IEP) dengan minimum gred C layak memohon untuk meneruskan pengajian di peringkat Diploma KPM kecuali bagi Program Diploma in English Communication

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE KPM

Berikut merupakan senarai program-program yang ditawarkan dan syarat-syarat kelayakan yang boleh dirujuk melalui portal yang telah disediakan seperti berikut:

Infografik Kolej Profesional MARA

Sila rujuk infografik seperti di bawah yang disediakan oleh KPM sebagai panduanIklan Permohonan KPM 1 1

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin diajukan mengenai syarat kelayakan KPM, pemohon boleh berbuat demikian dengan melayari pautan berikut ataupun menghubungi pihak MARA melalui butiran berikut:

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM),
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-2613 4075 /34076 / 34077 / 34087
Faks : 03-2691 0636

Close