Syarat kemasukan IKM dan KKTM MARA terkini
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) adalah salah satu pusat pengajian di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tujuan ianya ditubuhkan adalah untuk melahirkan anak muda bumiputra yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak sektor-sektor pekerjaan kini. Terdapat 10 KKTM dan 14 IKM di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Mereka yang terpilih akan mengikuti program yang ditawarkan dan yuran pengajian dan peperiksaan akan dibiayai oleh MARA. Bagi mereka yang berkelayakan juga akan dapat elaun sara hidup daripada MARA. Dengan bantuan daripada kerajaan MARA mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk para pelajarnya.
IKM menyediakan pendidikan di peringkat sijil manakala KKTM menyediakan pelajar untuk mengikuti program di peringkat diploma. Kesemua pusat pengajian ini telah mendapat pengiktirafan dan sesuai untuk pelajar menghabiskan pengajian yang bukan sahaja secara teori malah lebih praktikal.
SYARAT KEMASUKAN KE IKM DAN KKTM TERKINI
Disebabkan tempat yang terhad untuk kemasukan ke KKTM dan IKM, pihak MARA telah menetapkan beberapa syarat sebelum pemohon dibenarkan menyertai pusat pengajian kelolaan MARA ini. Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan ke IKM dan KKTM dan lain-lain info bagi memudahkan semua:
Syarat Am Kelayakan | ||
IKM | KKTM | |
Lulusan SPM atau setara (lepasan spm). Bagi lepasan SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek sejarah | Lulus SPM atau setara (lepasan spm) atau lulus sijil kejuruteraan/teknologi kejuruteraan IKM/teknologi IKM dengan cgpa>2.00 (permohonan lepasan ikm hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja diperingkat spm) | |
Bumiputera | Bumiputera | |
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia | |
Berumur 17 tahun dan ke atas | Berumur 17 tahun dan ke atas | |
Sihat tubuh badan | Sihat tubuh badan | |
Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik) | Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik) |
Panduan Permohonan
Aplikasi Permohonan Online
Sesi Pengambilan
- Januari
- Julai
- Oktober
Cara Hubungi
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA 50609 Kuala LumpurTel : +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510
email : infobkt@mara.gov.my