Senarai Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej MARA Alamat dan Laman Web
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Kolej Matrikulasi ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menempatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengajian pra-universiti atau lebih dikenali sebagai program matrikulasi selain dari pilihan lain seperti STPM, Asasi, Diploma, dan setaraf.
Terdapat pelbagai aliran yang disediakan di Kolej Matrikulasi untuk membantu pelajar membuat persediaan sebelum ke peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda. Bermula dari tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil bagi meningkatkan peluang untuk lepasan Matrikulasi memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.
Di seluruh Malaysia, terdapat 17 buah kolej matrikulasi dan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu kampus kolej bagi menampung penempatan pelajar yang diwajibkan untuk tinggal di dalam kampus. Kebiasaannya, pelajar dibenarkan membuat tiga pilihan kolej yang diingini semasa membuat permohonan dan penempatan adalah berdasarkan keputusan KPM.
Permohonan ke Kolej Matrikulasi boleh dilakukan secara online di aplikasi yang disediakan di Portal Rasmi KPM. Lazimnya permohonan akan dibuka dalam bulan Julai sehingga November setiap tahun untuk kemasukan sekitar bulan Mei, Semakan keputusan tawaran boleh dibuat di bulan April.
SENARAI KOLEJ MATRIKULASI DI MALAYSIA
Berikut adalah senarai Kolej Matrikulasi KPM yang terdapat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Butiran yang terkandung dalam senarai tersebut adalah 17 lokasi Kolej Matrikulasi termasuklah 2 buah Kolej Teknikal dan 2 buah Kolej MARA. Selain itu, alamat, nombor telefon, emel dan pautan laman web turut serta dikongsikan untuk rujukan semua.
INFO BERKAITAN | |||
Syarat kemasukan ke program Matrikulasi KPM | |||
Permohonan kemasukan ke kolej Matrikulasi 2024-2025 | |||
Panduan Pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN Sesi Kemasukan 2020/2021 |