Semakan keputusan kemasukan ke Politeknik 2025-2026 online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Kerajaan kini amat menitik beratkan graduan yang mampu untuk bersaing secara sihat di dalam industri. Melahirkan graduan yang kompeten dalam industri adalah antara objektif utama dalam dasar Kementerian Pengajian Tinggi. Sehubungan dengan itu, politeknik telah diwujudkan dan telah dinaik taraf bagi mencapai matlamat ini.

Terdapat 32 buah politeknik di seluruh Malaysia dan ke semua politeknik ini diselia oleh Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Ramai masih tidak tahu politeknik kini terbahagi kepada 3 jenis iaitu politeknik premier yang menawarkan pengajian di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana. Manakala politeknik konvensional pula menawarkan pengajian peringkat sijil dan diploma. Politeknik METrO pula bertujuan untuk memenuhi sosio ekonomi tempatan dengan mensasarkan pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang berminat.

Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di laman UPU Online. Pemohon juga boleh membuat pilihan berdasarkan kursus yang ditawarkan. Perlu juga diingatkan sebelum membuat permohonan, pemohon perlulah membuat semakan kelayakan untuk menyambung pengajian di politeknik.

SEMAKAN KEPUTUSAN POLITEKNIK

Bagi mereka yang telah membuat permohonan, sebarang semakan keputusan boleh dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan cara semakan keputusan dan info-info berkaitan bagi tahun 2025:

semakan politeknik

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN POLITEKNIK 
Dibuka (UA/Politeknik premier)Ditutup
18 Jun 2025
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KE POLITEKNIK
Bagi calon lepasan SPM tahun 2022-2024
Sistem mypolycc hanya akan dibuka bermula pada tarikh hebahan keputusan Politeknik dibuka secara rasmi.
Bagi pemohon yang berjaya, sila cetak surat tawaran dan maklumat penerimaan seperti yang dipaparkan pada skrin aplikasi setelah semakan dibuat
Sila klik pada pautan di bawah untuk membuat semakan
pointBahagian Pengurusan Kemasukan PelajarpointSaluran Sarawak
pointSaluran SelatanpointSaluran Sabah
pointSaluran Utarapoint Saluran Timur
SEMAKAN POLITEKNIK (TVET)
klik sinihttps://ambilan.mypolycc.edu.my

 

DIPLOMA SEPENUH MASA-AMBILAN PERTAMA 2025
Bagi calon lepasan SPM 2019 ke bawah dan lulusan selain SPM
Semakan boleh dibuat mulai 18 Jun 2025
Kepada pemohon yang berjaya, sila cetak surat tawaran dan maklumat penerimaan seperti yang dipaparkan pada skrin aplikasi setelah semakan dibuat
SEMAKAN PORTAL PENGAMBILAN PELAJAR (POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI)
klik sini https://ambilan.mypolycc.edu.my
TarikhPerkara
18 Jun 2025Borang permohonan rayuan dibuka
Borang permohonan rayuan ditutup
Tempoh mengesahkan terima tawaran
Semakan keputusan rayuan
Muat turun panduan pendaftaran
 27/28 Julai 2025Sesi pendaftaran pelajar
DIPLOMA SEPARUH MASA 2025/2026
Kemasukan bagi sesi 1 2025/2026 akan diumumkan kemudian
IJAZAH SARJANA MUDA-SEPTEMBER 2024
TarikhPerkara
13 Jun 2024Borang permohonan dibuka
22 Julai 2024Borang permohonan ditutup
24 Julai 2024Semakan panggilan temuduga
6 – 9 Ogos 2024Sesi temuduga
 11 Ogos 2024Semakan keputusan permohonan
11 Ogos 2024Borang permohonan rayuan dibuka
20 Ogos 2024Borang rayuan ditutup
25 Ogos 2024Semakan keputusan rayuan
3 September 2024Pendaftaran pelajar
SIJIL KOLEJ KOMUNITI AMBILAN PERTAMA
TarikhPerkara
18 Mac 2025Borang permohonan dibuka
Borang permohonan ditutup
18 Jun 2025Semakan keputusan permohonan
27/28 Julai 2025Pendaftaran pelajar
SIJIL KEMAHIRAN KHAS POLITEKNIK
TarikhPerkara
Borang permohonan dibuka
Borang permohonan ditutup
Semakan keputusan permohonan
Pendaftaran pelajar
APLIKASI UPU POCKET
Bagi memudahkan lagi pemohon, anda boleh muat turun aplikasi mobile di playstore namun terhad untuk pengguna android sahaja
point Muat Turun Applikasi UPUPOCKET
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat atau lain-lain pertanyaan berkenaan Politeknik Premier, Konvensional/METrO, boleh berbuat demikian dengan melayari pautan berikut:
pointhttp://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp
Close