Proses Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Setelah memperoleh kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 atau asasi, Matrikulasi juga dapat dijadikan pilihan untuk meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Kolej Matrikulasi adalah suatu pusat pengajian yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan pendidikan pra-universiti supaya para pelajar dapat mempersiapkan diri untuk ke peringkat ijazah sarjana muda.

Di Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat dua program yang disediakan. Program pertama adalah Program Satu Tahun (PST) yang mempunyai dua semester pengajian. Program Dua Tahun (PDT) pula mempunyai empat semester pengajian. Untuk meneruskan pengajian ke universiti awam bagi peringkat ijazah sarjana muda, para pelajar perlu melepasi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) yang diadakan dengan keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat mencapai prestasi seperti yang diinginkan. Kepada para pelajar yang kurang bernasib baik, mereka boleh menyemak semula keputusan peperiksaan dengan mengikuti garis panduan bagi proses semakan semula keputusan PSPM matrikulasi. Proses semakan semula tersebut dapat dilaksanakan setelah keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap subjek pula dapat dirujuk seperti dalam borang permohonan yang disediakan.

PROSES SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI KPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Proses Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi buat rujukan semua. Maklumat yang disediakan termasuklah syarat/peraturan permohonan semakan semula keputusan dan pautan untuk mendapatkan borang permohonan.

Semak Semula PSPM

TARIKH SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM SESI 2023/2024
Proses semak semula keputusan PSPM hanya akan dibuka sebaik sahaja keputusan PSPM diumumkan mengikut tahun berkenaan dan ditutup beberapa hari selepas itu. Bagi sesi 2023/2024, tarikh semakan semula keputusan PSPM adalah seperti berikut:
TarikhTutup
23 Februari 20247 Mac 2024

TATACARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PSPM

Berikut dikongsikan langkah-langkah atau tatacara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan PSPM:

LANGKAH 1 : MEMPEROLEH BORANG PERMOHONAN

  1. Calon yang hendak membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan perlu melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan yang boleh didapati di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Atau muat turun borang permohonan semak semula PSPM pada pautan di bawah:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PSPM

Borang Permohonan Semak Semula PSPM

Untuk memuat turun borang permohonan semak semula PSPM bagi Program Dua Tahun (PDT), klik pautan berikut:

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PSPM PDT

Borang Permohonan Semak Semula PSPM PDT

2. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM. Permohonan calon PDT Semester IV sahaja yang menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM/PDT.

3. Permohonan semak semula adalah bagi keputusan peperiksaan Semester I dan III Sesi 2023/2024 sahaja.

4. Permohonan hanya dapat dilakukan bermula pada hari keputusan diumumkan sehingga jam 4.00 petang 7 Mac 2024 sahaja. 

LANGKAH 2 : PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

  1. Borang permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan perlu diisi dengan lengkap dalam dua (2) salinan. (Pemohon boleh membuat cetakan salinan (fotokopi) borang tersebut untuk simpanan sendiri sebagai rujukan untuk melengkapkan Langkah 5)

LANGKAH 3 : PEMBELIAN WANG POS / BANK DRAF

  1. Bayaran akan dikenakan bagi setiap kursus/ mata pelajaran yang disemak semula. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian wang pos dan cukai berkuatkuasa) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan.
  2. Proses pembayaran hendaklah dibuat melalui Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Wang Pos/Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.*(Ruangan ‘bayar kepada’ pada wang pos MESTI ditulis Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia).**Sila rujuk lampiran Panduan Pengisian Maklumat Wang Pos Pada Borang Permohonan.
  3. Sekiranya borang permohonan dan wang pos yang tidak diisi dengan lengkap (ruangan pemohon tidak diisi pada belakang wang pos dan ruangan ‘bayar kepada’ tidak ditulis atas nama pengarah) atau bayaran tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon.

LANGKAH 4 : SERAHAN / PENGEPOSAN DOKUMEN PERMOHONAN SEMAK SEMULA

  1. Langkah ini akan dikemaskini, berikut adalah langkah pada tahun 2019 sebagai rujukan. Borang permohonan sebanyak dua (2) salinan dan wang pos/bank draf tersebut mestilah dihantar secara terus ke kaunter Bahagian Matrikulasi atau melalui pos ke alamat seperti di bawah:
    • Puan Izyan Izdihar binti Shaarani Bahagian Matrikulasi
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA
  2. Borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi mestilah sampai di Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang 10 Jun 2019. (Pemohon dinasihatkan menghantar permohonan lebih awal memandangkan kebanyakan syarikat kurier tidak beroperasi pada minggu Cuti Hari Raya Aidilfitri)
  3. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

LANGKAH 5 : PENGISIAN MAKLUMAT PERMOHONAN DAN BUKTI PENGHANTARAN

  1. Sebaik sahaja pemohon telah menghantar pos dokumen permohonan dengan menggunakan syarikat kurier / membuat penyerahan dokumen permohonan melalui kaunter Bahagian Matrikulasi, pemohon perlu mengisi maklumat permohonan dan bukti penghantaran melalui medium berikut:

APLIKASI KEMASKINI BUKTI PENGHANTARAN

https://forms.gle/LW8H482iXwezjb4K6

Atau scan QR code yang dipaparkan di bawah Langkah 5 dalam borang permohonan.

  • *Keputusan semakan semula akan dimaklumkan menerusi e-mel pemohon pada tarikh yang akan dikemaskini dan adalah muktamad.

MAKLUMAT LANJUT

Buat pelajar yang ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan Proses Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi sila rujuk maklumat berikut:

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya
Tel : 03-88844083
Fax : 03-88844028
Email : info.matrikulasi@moe.gov.my

Close