Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2024/ 2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Program Pra Pendidikan Tinggi (PPPT) UiTM atau dikenali sebagai Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi membantu membantu pelajar miskin dalam mendapat peluang pendidikan. Program ini khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi oleh kerana merit tidak cukup atau tidak mampu membayar kos pengajian yang tinggi. Calon yang layak dalam permohonan PPPT ini bakal diberikan penempatan bagi meneruskan menyambung pengaijian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini ia dikenali sebagai Program Pra Diploma UiTM.
Objektif utama UiTM mengadakan program ini adalah untuk menawarkan penempatan kepada pelajar di kalangan yang kurang berkemampuan tetapi masih ada minat dan kehendak untuk belajar serta memenuhi syarat untuk menyambung pelajaran di peringkat Pra-Diploma. Program MDAB ini mengutamakan pelajar Melayu Bumiputera luar bandar yang keciciran dalam SPM dan keluarganya berada di bawah kategori B40 dengan pendapatan bawah RM4,999 sebulan. Perkara ini selari dengan visi MARA iaitu memajukan pendidikan Bumiputera termasuklah yang berlatar belakang dari luar bandar.
Mendapat inspirasi daripada sebuah ucapan YAB Perdana Menteri ke-enam, Dato’ Seri Najib Razak pada majlis perasmian Kampus UiTM Puncak Alam pada 12 Februari 2010, pihak UiTM telah bertungkus-lumus mengorak langkah dan mengatur strategi bagi merealisasikan cetusan idea tersebut. Justeru, program MDAB telah pun diluluskan oleh Mantan Naib Canselor UiTM iaitu Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri telah menyeru supaya 5,000 tempat disediakan pihak UiTM setiap tahun bagi pelajar miskin serta anak yatim yang layak. Program MDAB telah dinamakan kepada Program Pra Pendidikan Tinggi (PPPT) oleh UiTM bermula pada tahun 2020.
Dalam pada itu, program ini tidak hanya bertujuan memfokuskan kejayaan dalam aspek akademik pelajar sahaja, tetapi juga bertujuan menghasilkan pelajar yang bersedia untuk bersaing di persada dunia yang penuh cabaran. Secara tidak langsung, para pelajar lepasan program ini dapat menyedari bahawa pengetahuan, kemahiran, dan jati diri yang tinggi diperlukan dalam menempuh alam kerjaya dan seterusnya mampu membantu meningkatkan ekonomi negara.
Khusus bagi program PPPT, pihak UiTM menawarkan program Pra-Diploma berdasarkan kelayakan SPM. Setelah selesai satu semester program ini, ianya membolehkan pelajar untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Antara program Pra-diploma yang boleh dimohon adalah Pra-Diploma Perdagangan dan Pra-Diploma Sains. Tempoh pengajian adalah 1 semester (6 bulan) tertakluk pada pindaan pihak Universiti. Di sepanjang tempoh program ini, para pelajar akan diberi pengisian akademik, pembinaan sahsiah diri dan rohani berserta pembangunan modal insan.
PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2024/2025
Berikut adalah perkongsian cara memohon program pra diploma UiTM berserta info-info penting merangkumi syarat permohonan, panduan mengisi borang, isi kandungan program pra diploma UiTM dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
TARIKH PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2024/2025 AMBILAN MAC | |||
Buka | Tutup | ||
1 November 2024 | 31 Januari 2025 | ||
Sistem permohonan dalam talian akan dibuka pada tarikh di atas. Calon yang sudah mendaftar melalui Google form, nombor pin akan diemelkan secara berperingkat. Untuk calon yang belum memohon no. pin, emelkan permohonan serta nama penuh, no. kad pengenalan, alamat emel dan nombor telefon ke kampus UiTM yang berdekatan. Alamat kampus UiTM yang mengendalikan permohonan boleh dirujuk seperti berikut: | |||
PERMOHONAN AMBILAN SESI OKTOBER 2024 PRA DIPLOMA UiTM | |||
Untuk membuat permohonan kemasukan ke program Pra Diploma UiTM, anda boleh mengisi borang permohonan secara online melalui pautan disediakan di bawah | |||
BORANG PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM | |||
PANDUAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN | |||
Sebelum anda membuat permohonan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan untuk memudahkan proses permohonan: | |||
SEMASA MENGISI BORANG PERMOHONAN | |||
Semasa anda sedang mengisi Borang Permohonan, anda perlu: | |||
SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN | |||
Setelah anda selesai membuat permohonan: | |||
SENARAI LAMPIRAN BORANG PERMOHONAN PRA DIPLOMA | ||
Borang permohonan Pra Diploma hendaklah dihantar bersertakan salinan dokumen penting yang telah disahkan seperti berikut : | ||
1 | Salinan kad pengenalan / MyKad calon. | |
2 | Salinan Sijil SPM / SPM Ulangan. | |
3 | Salinan Sijil Kelahiran calon | |
4 | Salinan Sijil/ Pengiktirafan sukan tertinggi (Laluan atlet) Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa | |
5 | Salinan kad pengenalan / MyKad ibu bapa. (Jika tiada kad pengenalan ibubapa sila dapatkan salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara) (Untuk calon anak angkat, sila sertakan salinan Sijil Pengangkatan, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan ibu atau ibubapa kandung) | |
6 | Salinan Slip Gaji / Penyata Pencen terkini ibu bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan (sekiranya tidak mempunyai slip/penyata gaji). | |
7 | Salinan sijil Kematian / Penceraian ibu bapa (jika berkaitan) | |
8 | Salinan Kelulusan/ Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan/ Negeri yang terkini. (bagi yang memohon) |
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI UiTM | ||||
Bagi program Pra-Perdagangan (PD002) yang mempunyai hanya 1 semester bersamaan 6 Bulan, syarat kelayakannya adalah seperti berikut: | ||||
| ||||
| ||||
| ||||
Bagi program Pra-Sains (PD007) yang mempunyai hanya 1 semester bersamaan 6 Bulan, syarat kelayakannya adalah seperti berikut: | ||||
| ||||
| ||||
| ||||
| ||||
MAKLUMAT MENGENAI SUBJEK AKADEMIK PRA PENDIDIKAN TINGGI | ||||
Perlu diingatkan juga bahawa program Diploma UiTM mempunyai syarat kelayakan yang tertentu setelah pelajar berjaya menghabiskan pengajian Pra-Diploma dan layak ke Diploma. | ||||
SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN | ||||
Senarai subjeknya adalah seperti berikut: | ||||
Ambilan Mac 2025 | ||||
KOD | SUBJEK | |||
BA002 & BA003 | Pra Diploma Perdagangan | |||
AS007 & AS008 | Pra Diploma Sains | |||
AS002 & AS003 | Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) | |||
AT001 & AT002 | Pra Diploma Agroteknologi | |||
IC001 & IC002 | Pra Diploma Pengajian Islam | |||
SUBJEK PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (PD002) | ||||
Di dalam program pra-diploma Perdagangan terdapat subjek-subjek yang wajib diambil. Senarai subjeknya adalah seperti berikut: | ||||
SEMESTER 1 | ||||
KOD | SUBJEK | |||
ELC 030 | INTRODUCTORY ENGLISH | |||
ACC 030 | INTRODUCTION TO ACCOUNTING | |||
MAT 037 | INTENSIVE MATHEMATIC | |||
MGT 028 | INTRODUCTION TO BUSINESS | |||
CTU 001 | PENGANTAR PEMBANGUNAN INSAN | |||
SYARAT KEMASUKAN PENERAPAN KE PROGRAM DIPLOMA UiTM LULUSAN PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (PD002) | ||||
Pada setiap akhir semester, pelajar perlu menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang akan ditawarkan ke program Diploma UiTM. Antara syarat keputusan untuk layak diserap ke program Diploma adalah seperti berikut: | ||||
SUBJEK PROGRAM PRA DIPLOMA SAINS (AS007) | ||||
Subjek-subjek program Pra-Diploma Sains semester 1 adalah seperti berikut: | ||||
SEMESTER 1 | ||||
KOD | SUBJEK | |||
ELC 010 | BAHASA INGGERIS PRA DIPLOMA 1 | |||
CHM 083 | KIMIA UNTUK PRA SAINS | |||
PHY 083 | FIZIK UNTUK PRA SAINS | |||
MAT 083 | MATEMATIK ASAS UNTUK PRA SAINS | |||
BIO 083 | BIOLOGI UNTUK PRA SAINS (ELEKTIF) | |||
MAT 086 | MATEMATIK PERANTARAAN UNTUK PRA SAINS (ELEKTIF) | |||
SYARAT KEMASUKAN PENERAPAN KE PROGRAM DIPLOMA UiTM LULUSAN PRA DIPLOMA SAINS (AS007) | ||||
Pada setiap akhir semester, pelajar perlu menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang di akhir semester 1 akan akan ditawarkan ke program Diploma UiTM. Antara syarat keputusan untuk layak diserap ke program Diploma adalah seperti berikut: | ||||
SEMESTER 1 | ||||
KELEBIHAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI UiTM | ||||
Antara kemudahan yang diberikan dalam program pra-diploma ini adalah: | ||||
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PRA DIPLOMA UiTM | ||||
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN | ||||
Buat pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program pra diploma, jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke ini boleh diajukan melalui maklumat berikut: | ||||
Alamat : Pejabat Pengarah, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT), Bangunan Inovasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel : 03-5521 1306 / 1443 / 1448 Fax : 03-5543 7969 Emel : pppt@uitm.edu.my |