Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT 2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Pendidikan merupakan satu perkara yang penting dalam menyokong visi membangunkan negara. Tidak hairanlah kerajaan sering bertungkus-lumus memperbaikkan taraf pendidikan di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara dengan tujuan menyediakan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar. Matlamat usaha tersebut adalah untuk memajukan sekolah berkemahiran sebagai tindak balas kepada tuntutan majikan yang lebih mahukan graduan berkompeten untuk memenuhi permintaan industri.
Kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf sistem dan pendidikan KV dan SMT dari semasa ke semasa. Pembaharuan yang dilakukan antaranya adalah dari segi kemudahan dan keselesaan pelajar. Kemudahan seperti tempat belajar, bengkel, dan perpustakaan turut serta dibaik pulih bagi mengekalkan keselesaan pelajar. Hal ini kerana, sekiranya kemudahan asas berada di tahap yang baik, secara tidak langsung akan menyumbang kepada lahirnya lebih ramai graduan berkompeten.
Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KV dan SMT, boleh melakukan permohonan kemasukan. Sebagai peringatan, pelajar yang berminat mesti meneliti syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon. Sekiranya pelajar berminat dan layak, disarankan agar membuat permohonan seperti yang ditetapkan.
PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SESI 2025
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan ke KV dan SMT termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting permohonan bagi tahun 2025.
TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT | ||
Buka | Tutup | |
1 Ogos 2024 | 8 September 2024 | |
Tarikh adalah Rasmi mengikut pengumuman di Laman Web rasmi KPM. |
MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM KV DAN SMT
- Program KV dan SMT – Bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :
i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV /ILKA / ILKS.
ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM).
iii. Program Kemahiran/ Apprenticeship di KV/WISDEC/GIATMARA. - Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Bagi pelajar Lepasan Tahun 6 2024.
LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN KV DAN SMT
SISTEM APLIKASI eSPTV
PERMOHONAN KV DAN SMT SECARA ONLINE
Borang Permohonan KV Dan SMT Online
Sila pastikan permohonan dibuat mengikut aliran murid tingkatan 3 bagi tahun 2024.
Pemohon dikehendaki memasukkan no. Kad Pengenalan ke dalam ruang yang disediakan.
Jika pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan online, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan maklumkan kepada pihak sekolah.
Pemohon boleh mendapati maklumat yang lengkap melalui menu-menu yang terdapat di Info Kemasukan.
SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2025
Berikut adalah syarat umum kelayakan permohonan kemasukan ke KV dan SMT bagi tahun 2025 :
- Berkewarganegaraan Malaysia
- Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2024
- Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Calon sihat tubuh badan
- Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
- Calon berminat dengan program dipohon
KATEGORI ALIRAN MURID
Aliran PAV – Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
- Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan yang menawarkan PAV:
Pemohon boleh dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan.
Aliran Perdana / Akademik / Agama – Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pelajar yang menduduki PBS merangkumi 4 komponen iaitu:
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Pelajar Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
- Carta Alir & Borang Permohonan Murid Tingkatan 3 Di Sekolah Swasta / Yayasan Negeri / Agama Negeri / Persendirian / Sekolah Di Luar Kawalan KPM
- Pemohon boleh dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan.
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2025 | ||
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke KV dan SMT bagi sesi 2025 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa | ||
Tarikh | Perkara | Tindakan/Nota |
1 Ogos – 8 Sep 2024 | Sistem aplikasi permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan dibuka dan ditutup. Tarikh RASMI | Pemohon |
13 Sep – 3 Okt 2024 | Semakan Pusat Pentaksiran | Pemohon |
23 Sep – 3 Okt 2024 | Pelaksanaan Pentaksiran | Pemohon |
Sesi Temubual dan Pemilihan | Pemohon | |
31 Januari 2025 | Pemohon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran untuk mereka yang membuat permohonan secara online boleh dibuat di Portal Rasmi KPM. Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru di SMK PAV oleh KV yang berkenaan. | Semakan tawaran boleh di buat secara online di laman sesawang KPM bagi pemohon murid Aliran Perdana. Bagi pelajar Aliran PAV pula, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV dan KV yang terlibat |
18 Februari 2025 | Pendaftaran bagi murid Tingkatan 3 lepasan PBS 2024 (Aliran Perdana) | Pemohon Aliran Perdana |
Rayuan / Walk-in bagi murid Tingkatan 3 lepasan PBS 2024 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC | Calon (pemohon rayuan) perlu hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dimohon bagi membuat rayuan mulai tarikh yang akan dinyatakan | |
18 Februari 2025 | Pendaftaran bagi murid Tingkatan 3 lepasan PAV 2024 (Aliran PAV) | Pemohon Aliran PAV |
Rayuan/Walk-in bagi murid Tingkatan 3 lepasan PAV 2024 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC | Calon (pemohon rayuan) perlu hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dimohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | |
Untuk walk-in/ rayuan, akan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. |
MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV)
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)