Permohonan Asrama Malaysia 2025 (AMal) KPM
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Perhatian buat pelajar Tahun 6 2024 dan pelajar Tingkatan 3 2024 yang berminat memasuki Asrama Malaysia (AMal) dahulunya Asrama 1Malaysia (A1M). Menerusi makluman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan Asrama Malaysia AMal 2025 akan dibuka pada Januari nanti. Permohonan kemasukan adalah untuk murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat (4) Program Asrama Malaysia KPM.
Permohonan A1M 2025 adalah dibuka kepada semua murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2024 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/ SJKC/ SJKT) di seluruh negara. Murid-murid yang terpilih ke AMal akan ditempatkan di 4 sekolah sekitar KL, Johor Bahru, Miri dan Kota Kinabalu.
BORANG PERMOHONAN ASRAMA MALAYSIA AMal 2025 (PERMOHONAN TINGKATAN 1 dan TINGKATAN 4)
Bagi pemohon atau ibu bapa yang tidak tahu, Asrama Malaysia (AMal) ada menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama . A1M mula dilaksanakan di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN ASRAMA MALAYSIA (AMal) 2025
Berikut dikongsikan maklumat permohonan program asrama malaysia (AMal) yang dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan 2024 sebagai rujukan. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat yang dipaparkan termasuk link muat turun borang permohonan AMal, syarat kemasukan, dokumen yang diperlukan dan maklumat penghantaran borang yang telah lengkap di isi.
Syarat Permohonan AMal 2024 Tingkatan 1 Dan 4
Pemohon hendaklah melepasi syarat berikut :-
- Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja
- Terbuka kepada semua kaum
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
- Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.
Dokumen Yang Diperlukan
Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Sijil lahir / Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses)
- Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023 bagi permohonan Tingkatan 1
- Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain
- Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh Suruhanjaya Sumpah / Ketua Kampung atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji
- Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal
- Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai
MUAT TURUN BORANG PERMOHOANAN AMal 2024
Berikut adalah panduan cara membuat permohonan Asrama Malaysia 2024 :-
- Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap
- Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses
- Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal)
- Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri
- Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan
- Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.
Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2024 melalui saluran berikut:
a. Melalui Sekolah Semasa:
Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya
b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :
Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:
- Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
- SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
- Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak
c. Kementerian Pendidikan Malaysia :
Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :
- Unit Pengurusan Asrama Harian
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
- Aras 4, Blok E2, Kompleks E
- Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
- 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tarikh permohonan adalah seperti berikut :
- Tingkatan 1: Permohonan ditutup pada 2 Februari 2024
- Tingkatan 4: Permohonan ditutup pada 2 Februari 2024
Sila klik link yang dikongsikan di bawah ini untuk memuat turun borang dan brosur serta borang pengakuan pendapatan :-
- Borang Permohonan AMal 2024 (Muat turun borang, Borang Perakuan Pendaftaran & Senarai Asrama Harian)
SENARAI SEKOLAH YANG MENAWARKAN ASRAMA MALAYSIA
Murid-murid yang terpilih ke AMal akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
- AMal KUALA LUMPUR
VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR
LELAKI SAHAJA - AMal JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
PEREMPUAN SAHAJA - AMal SABAH
MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
LELAKI & PEREMPUAN - AMal SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
LELAKI & PEREMPUAN
Maklumat Lanjut Permohonan AMal 2024
Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Panduan Permohonan Kemasukan AMal 2024
- Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran dari tarikh yang akan dikemaskini
- Tempoh rayuan boleh dilakukan bermula pada tarikh yang akan dikemaskini. Penempatan rayuan yang berjaya adalah pada – akan dikemaskini
- Pemohon yang tidak dihubungi atau tidak menerima surat tawaran selepas 21 Mac 2024 dianggap tidak berjaya
Selamat membuat permohonan program asrama malaysia AMal 2024. Semoga permohonan anda berjaya diterima dan ditawarkan kemasukan ke Asrama Malaysia.