Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2024-2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Universiti Awam (UA) yang ada di Malaysia adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan ditadbir sebagai institusi kendiri. Ianya diwujudkan oleh perintah eksekutif mengikut peruntukan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971 [Akta 30] kecuali Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan di bawah dua Pengerusi Parlimen yang berbeza. Kesemua UA di Malaysia adalah di bawah pantauan dan tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
UA di Malaysia telah dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Universiti Komprehensif, Universiti Penyelidikan dan Universiti Berfokus (kejuruteraan, pendidikan, pertahanan dan pengurusan). Untuk pelajar yang berminat serta berkelayakan, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke UA secara atas talian melalui laman sesawang rasmi UA yang telah disediakan. Kelazimannya, pengambilan pelajar dibuka dua kali setiap tahun iaitu sekitar bulan Februari bagi pengambilan pertama melalui UPUonline dan September hingga Disember untuk pengambilan kedua terus ke UA yang berkaitan.
Antara UA yang menawarkan kemasukan pengambilan kedua adalah seperti UUM, UPSI, UTHM, UMP, UUM, UMK, UiTM dan beberapa lagi yang menawarkan program pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan STPM/ Diploma dan setaraf. Kemasukan semester kedua ini adalah peluang kali kedua buat pelajar yang gagal dalam permohonan UPU untuk pengambilan pertama sebelum ini. Namun demikian, program pengajian yang ditawarkan adalah terhad dan terpilih sahaja iaitu bergantung kepada setiap UA.
SENARAI PENGAMBILAN KEDUA UNIVERSITI AWAM (UA) SEMESTER 2 SESI 2024-2025
Berikut adalah senarai UA yang membuat pengambilan kedua, semester 2 bagi sesi akademik 2024-2025. Dikongsikan juga maklumat-maklumat yang berkaitan untuk senarai pengambilan kedua UA seperti jenis program yang ditawarkan dan kategori pelajar yang layak untuk memohon bagi kemasukan tersebut:
SENARAI UNIVERSITI AWAM YANG MENAWARKAN PENGAMBILAN KEDUA | |
Kemasukan Mac 2025 | |
Kemasukan Mac 2025 | |
1 November hingga 30 November 2024 | |
Kemasukan Februari 2025 | |
2 hingga 29 Disember 2024 (Sarjana Muda) 4 hingga 20 November 2024 (Diploma) | |
Kemasukan Mac 2025 | |
25 Oktober hingga 2 Disember 2024 | |
Kemasukan Mac 2025 | |
Kemasukan Mac 2025 | |
1 November hingga 31 Disember 2024 | |
Kemasukan Februari 2025 | |
1 November hingga 31 Disember 2024 | |
Kemasukan Laluan Kedua Sesi 2024/2025 | |
16 Disember 2024 hingga 15 Januari 2024 | |
Kemasukan Mac 2025 | |
15 November 2024 hingga 25 Disember 2024 | |
Kemasukan Mac 2025 | |
POSTER UNIVERSITI AWAM SESI PENGAMBILAN KEDUA 2024/2025 dan 2023/2024 | |