Kategori permohonan UPU 2024/2025 lepasan SPM dan STPM
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan sistem pengajian tinggi di Malaysia telah banyak perubahan yang telah dilakukan bagi memastikan belia dalam negara ini mendapat tempat dalam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Persaingan yang semakin hebat untuk menempatkan diri ke Universiti Awam dalam kalangan pelajar menuntut kerajaan memperbaiki sistem pendidikan dari semasa ke semasa. Usaha murni kerajaan ini amat dialu-alukan bagi memastikan pendidikan negara berada di kelas tersendiri.
Seperti sedia maklum pelajar yang berminat menyambung pengajian di universiti awam, mereka perlulah membuat permohonan melalui UPU Online. Pada kebiasaannya, permohonan UPU Online akan dibuka sekitar bulan Februari hingga April dan pelajar perlu membeli nombor unik di BSN untuk daftar masuk secara atas talian.
Semenjak Mac 2015, penggunaan IPTA telah digantikan dengan Universiti Awam (UA) dan IPTA pula merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan UPU Online boleh memilih pusat pengajian seperti UA, Politeknik (Primer, konvensional dan Metro), Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
SENARAI KATEGORI PERMOHONAN UPU ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM & SETARAF)
Permohonan UPU Online terbahagi kepada dua kategori. Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan kategori permohonan serta info-info berkaitan bagi tahun 2024:
KATEGORI PERMOHONAN UPU ONLINE 2024-2025 | ||
Lepasan SPM/Setaraf | ||
Kategori A | Pemohon menggunakan kelayakan SPM tahun semasa. | |
Kategori B | Pemohon menggunakan kelayakan SPM dua tahun sebelum tahun semasa bagi memilih mengikut kelayakan dan minat masing-masing. Antara program yang boleh dipilih adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA. | |
Lepasan STPM/Setaraf | ||
Kategori A | Aliran sastera | |
Kategori S | Aliran sains | |
Lepasan Matrikulasi | ||
Kategori N | Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM | |
Kategori P | Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM | |
Kategori U | Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM | |
Kategori L | Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL) | |
Kategori K | Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM | |
Kategori J | Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM | |
Lepasan Diploma/Setaraf | ||
Kategori G | Diploma Universiti Awam (UA) atau Diploma Politeknik | |
Kategori E | Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Vokasional Malaysia / Diploma IPTS/ Luar Negara / Lain-Lain Kelayakan | |
Kategori F | Kelayakan Setaraf seperti A-level/International Baccalaureate/Sekolah Sukan/STPM bukan tahun semasa/Martikulasi bukan tahun semasa/STAM dua tahun sebelum tahun semasa/AUSMAT/ SAM / ADFP/Foundation IPTS | |
Lepasan STAM | ||
Kategori T | Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja |