Permohonan IKM KKTM MJII 2025 Online
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Sejak sekian lama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberikan bantuan kepada bumiputra bagi memperbaiki taraf hidup dan ekonomi supaya dapat bersaing dengan rakyat Malaysia yang lain serta mengecilkan jurang antara orang kaya dan miskin. MARA memberi bantuan dari segi latihan dan kewangan kepada bumiputra untuk memajukan taraf hidup mereka dan memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga mereka. Bantuan juga diberikan dari segi pendidikan dengan mewujudkan beberapa buah institusi pendidikan.
Salah satu daripada Institusi Pendidikan MARA adalah Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ini adalah untuk memberi peluang kepada belia bumiputra dengan memberi latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi untuk diserap masuk ke dalam industri zaman kini. IKM, KKTM dan MJII telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan matlamat ini tercapai.
Semua institusi pendidikan MARA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar telah disediakan bagi memastikan keselesaan pelajar. Di IKM, mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pendidikan di peringkat diploma. Bagi pelajar yang berkelayakan anda akan ditawarkan dengan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga pelajar.
PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE IKM KKTM MJII SESI JANUARI / APRIL / JULAI 2025
Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII dibuka setiap tahun dan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan layak untuk menjadi sebahagian daripada pelajar institusi pendidikan MARA. Menurut sumber, kemasukan terbuka kepada dua sesi iaitu Januari dan Julai setiap tahun. Kini terdapat pengambilan baru iaitu sesi April untuk kemasukan ke KKTM Petaling Jaya sahaja. Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII bagi sesi 2025 sebagai rujukan semua:
TARIKH PERMOHONAN KE KKTM DAN IKM SESI JANUARI 2025 | ||
Buka | Tutup | |
1 Oktober 2024 | ||
Tarikh di atas merupakan tarikh permohonan untuk semua KKTM dan IKM | ||
TARIKH PERMOHONAN KE MJII DAN KKTM SESI JULAI 2024 | ||
Buka | Tutup | |
19 Mac 2024 | 15 Jun 2024 | |
Tarikh di atas merupakan tarikh permohonan untuk semua KKTM dan IKM |
PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN KE KKTM IKM MJII BAGI SESI JANUARI/ APRIL / JULAI 2025
PERMOHONAN ONLINE KE KKTM IKM MJII
Borang Permohonan Online Ke Institut Pendidikan MARA (IPMa)
- Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan bagi yang sudah mendaftar
- Untuk pengguna baru, sila buat pendaftaran dahulu dengan menekan butang ‘pengguna baru’
- Tiada pembelian no pin dikenakan untuk ambilan Januari 2024 dan April/ Julai 2024
KELAYAKAN AM PROGRAM SIJIL
IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2014 dan ke atas wajib lulus subjek sejarah
- Tidak buta warna
- Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
KELAYAKAN AM DIPLOMA
KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:
- Lulus SPM atau setara atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
- Tidak buta warna
- Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510 e-mel : infobkt@mara.gov.my