Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu 2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Pengumuman penting kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Agama terkemuka. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu telah membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 mengikuti program Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
KISAS merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier Islamik yang ditubuhkan pada 4 April 1955 di Klang, Selangor. Sekolah ini telah banyak menghasilkan pelajar cemerlang bukan sahaja dari segi pelajaran malah akhlak dan rohani. Ini terbukti dengan pelbagai anugerah yang diterima KISAS seperti anugerah Sekolah Elit dan Anugerah Cemerlang Keseluruhan antara SBP 2008. Selain itu, sekolah ini juga turut melahirkan alumni yang kini sudah menjadi antara tokoh agama terkenal serta individu terpenting di kalangan masyarakat. Antaranya adalah YB Datuk Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang merupakan mantan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato’ Ustazah Norhafizah Binti Musa iaitu personaliti TV9 program Tanyalah Ustazah.
SMAP Labu pula pada asalnya terletak di Klang pada tahun 1982 sebelum berpindah ke Petaling Jaya (1983-1987) dan akhir sekali Labu, sebuah pekan di utara Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1987. Seperti KISAS, SMAP Labu juga ada menyediakan kemudahan penginapan dan kampus sekolah bagi menampung penempatan pelajar-pelajarnya. Berbeza dengan KISAS yang membuat pengambilan pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 sahaja, SMAP Labu mengambil pelajar bagi seluruh tingkatan iaitu Tingkatan 1 hingga 6.
Para pelajar yang berhasrat membuat permohonan Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu ini digalakkan untuk membuat permohonan secepat mungkin agar tidak terlepas peluang ini.
PERMOHONAN TINGKATAN 6 STPM SBP KISAS DAN SMAP LABU SESI 2024
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu sesi 2024 termasuklah syarat kemasukan dan tarikh penting permohonan. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini.
TARIKH PERMOHONAN TINGKATAN 6 KISAS & SMAP LABU 2024 | ||
Buka | Tutup | |
27 Mei 2023 | 7 Jun 2024 |
BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE KISAS TINGKATAN 6 2024
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan Tingkatan 6 KISAS
Isi borang secara online dan pastikan maklumat yang dimasukkan betul dan lengkap.
Anda boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan yang dikongsikan di pautan di bawah. Borang permohonan tersebut setelah lengkap diisi mestilah dikemukakan ke alamat yang akan dikongsikan di bawah.
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
ARAS 3 BLOK 2251
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN MURID SBP)
Pemohon perlu sertakan 1 salinan dokumen-dokumen (yang telah disahkan) seperti berikut bersama borang permohonan :
Keputusan SPMMyKad / Kad PengenalanSurat BeranakSijil-sijil Kokurikulum
Surat tawaran kemasukan ke Tingktan 6 KISAS dan SMAP Labu bagi mereka yang berjaya dalam permohonan akan dihantar melalui emel.
SYARAT KEMASUKAN PERMOHONAN TINGKATAN 6 KISAS DAN SMAP LABU
Perlu diingatkan juga bahawa terdapat syarat yang ditetapkan oleh KISAS dan SMAP LABU bagi menerima pelajar yang layak sahaja untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah mereka. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf
- Merupakan calon dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
- Sihat tubuh badan
- Membuat permohonan secara dalam talian sahaja
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2021/ 2022/ 2023.
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2021/ 2022/2023.
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2021/ 2022/ 2023.
- Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun semasa memohon
PERTANYAAN & MAKLUMAT
Calon yang berjaya boleh membuat semakan di https://sst6.moe.gov.my/ mulai 21 Jun 2024. Calon yang gagal boleh membuat surat rayuan bermula 21 hingga 30 Jun 2024 dan emelkan pada pengetua.kisas@moe.gov.my atau pengetua.smapl@moe.gov.my.
Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berbuat demikian dengan melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) ataupun dengan merujuk kepada maklumat tertera dibawah untuk mendapatkan jawapan:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) ditalian 03-83217400
- emel ke upkpm.bpsbp@moe.gov.my