Sinopsis Diploma Kejuruteraan Mekanikal Dan Prospek Kerjaya
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan pada zaman ini. Kerjaya bermula daripada cita-cita pelajar sejak dari zaman persekolahan. Antara yang menjadi tumpuan kerjaya pelajar zaman kini adalah untuk menjadi seorang jurutera (Engineer). Menjadi seorang jurutera menuntut seseorang itu untuk mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu masalah di tempat kerja mereka. Tugas sebagai jurutera sangat berat dan memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat dalam satu-satu masa.
Kerjaya sebagai jurutera sangat luas dan pelajar yang berminat dalam kerjaya ini boleh memilih untuk menjadi jurutera dalam bidang yang diinginkan. Kerjaya sebagai jurutera bukanlah suatu bidang mudah seperti yang bermain di minda masyarakat kita. Hakikatnya menjadi jurutera memerlukan pengorbanan dan minat yang mendalam jika ingin berjaya dalam bidang ini. Seorang jurutera setelah selesai pengajian di universiti boleh menyertai perindustrian seperti perindustrian pembuatan, pembinaan, perkilangan, minyak dan gas dan banyak lagi.
Perjalanan untuk menjadi seorang jurutera bermula sebaik sahaja pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian pelajar akan meneruskan pengajian di peringkat diploma di universiti awam atau swasta sama ada dalam atau luar negara selama lebih kurang tiga tahun. Kemudian jika pelajar berminat pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Jika anda berminat untuk menjadi jurutera, anda perlu untuk membuat semakan dan kajian institusi yang menawarkan bidang kejuruteraan yang anda minat.
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PROSPEK KERJAYA
Salah satu bidang kejuruteraan utama adalah kejuruteraan mekanikal. Setelah tamat SPM, anda akan memulakan pengajian di peringkat diploma. Berikut dikongsikan sinopsis kejuruteraan mekanikal dan prospek kerjaya sebagai seorang jurutera mekanikal:
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Program diploma kejuruteraan mekanikal telah direka berdasarkan disiplin kejuruteraan mekanikal terkini yang releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kurikulum dalam diploma kejuruteraan mekanikal juga direka untuk melahirkan graduan yang holistik. Penekanan juga diberikan dari segi kemahiran teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelajar akan mempelajari beberapa modul yang merangkumi kursus teras, kursus elektif, kursus teras umum, dan kursus wajib sepanjang pengajian diploma kejuruteraan mekanikal. Pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang akan membentuk kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme dalam diri pelajar bagi mempersiapkan diri dengan kerjaya mereka | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan (bergantung kepada universiti) sebelum menamatkan pengajian. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PROSPEK KERJAYA KEJURUTERAAN MEKANIKAL | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berikut merupakan prospek atau kerjaya yang pelajar jurusan diploma kejuruteraan mekanikal boleh ceburi setelah tamat pengajian: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penolong Jurutera | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penolong Pengurus penyelenggaraan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Junior Engineer | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Eksekutif Jualan Teknikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Eksekutif Kualiti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Project Coordinator | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Juruteknik | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengajar Teknikal atau Pensyarah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penyelia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penolong Teknikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
CONTOH SILIBUS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berikut merupakan contoh silibus yang disenaraikan di UiTM Kampus Pasir Gudang. Silibus di setiap universiti adalah berbeza namun boleh dijadikan rujukan pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan diploma kejuruteraan mekanikal. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEMESTER 1 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SENARAI UNIVERSITI AWAM/ POLITEKNIK YANG MENAWARKAN DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berikut disenaraikan antara Universiti Awam (UA) dan Politeknik yang ada menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan mekanikal:- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
UNIVERSITI AWAM (UA) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|