Sinopsis Diploma Kejuruteraan Awam Dan Prospek Kerjaya
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Kejuruteraan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Rata-rata pelajar apabila ditanya tentang cita-cita akan menjawab ingin menjadi jurutera. Jurutera mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang pekerjaan mereka. Bidang profesional ini memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Tanggungjawab sebagai seorang jurutera juga sangat besar kerana mereka memainkan peranan penting dalam sesuatu projek.
Terdapat pelbagai jenis jurutera yang boleh kita lihat pada masa kini. Jurutera merupakan satu bidang yang sangat luas dan sangat diperlukan dalam mana-mana sektor industri kini. Ini menunjukkan kerjaya sebagai jurutera mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Antara industri yang memerlukan jurutera adalah industri pembuatan, pembinaan, perkilangan, minyak dan gas dan banyak lagi.
Untuk menjadi seorang jurutera anda perlu melalui beberapa peringkat pengajian. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda boleh memilih kerjaya yang anda inginkan. Kebiasaanya selepas SPM pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau terus ke Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam mahupun swasta. Jika anda berminat untuk menjadi jurutera sila pilih institusi yang menawarkan bidang kejuruteraan yang anda minat.
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DAN PROSPEK KERJAYA
Salah satu bidang dalam kejuruteraan adalah kejuruteraan awam. Sebagai permulaan anda perlu mengikuti pengajian di peringkat diploma di universiti yang menawarkan program ini. Berikut dikongsikan sinopsis diploma kejuruteraan awam dan prospek kerjaya sebagai jurutera awam:
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
- Program ini direkabentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan ilmu teoritikal, kemahiran teknikal dan melatih pelajar untuk berfikir seperti seorang jurutera awam.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kampus dan di luar kampus seperti di tapak bina yang meliputi skop kerja sebagai jurutera awam. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar.
- Pelajar didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang jurutera seperti kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar. Aspek komunikasi amat penting sebagai jurutera kerana ia merupakan satu kerjaya yang mementingkan semangat berpasukan dalam menjayakan sesuatu projek.
- Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan (bergantung kepada universiti) sebelum menamatkan pengajian.
PROSPEK KERJAYA KEJURUTERAAN AWAM
Berikut merupakan prospek atau kerjaya yang pelajar jurusan diploma kejuruteraan awam boleh ceburi setelah tamat pengajian:
- Penolong Jurutera
- Penyelia Tapak
- Kerani Kerja Tapak
- Pembantu Penyelidik
- Kontraktor Pembinaan
- Pembekal Bahan Binaan
- Pegawai Kesihatan dan KeselamatanPembantu Teknik
- Penyelaras Bahan Binaan
- Pembantu Teknik
CONTOH SILIBUS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berikut merupakan contoh silibus yang disenaraikan di UiTM Kampus Permatang Pauh. Silibus di setiap universiti adalah berbeza namun boleh dijadikan rujukan pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan diploma kejuruteraan awam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEMESTER 1 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
SENARAI UNIVERSITI AWAM/ POLITEKNIK YANG MENAWARKAN DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM | ||||||||||||||||||||||
Berikut disenaraikan di antara Universiti Awam (UA) dan Politeknik yang ada menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam :- | ||||||||||||||||||||||
UNIVERSITI AWAM (UA) | ||||||||||||||||||||||
|