Panduan Pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN Sesi Kemasukan 2024/2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi membuat permohonan.
Nombor pin UPU ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.
Untuk pengetahuan umum, harga nombor pin unik ID UPU pada tahun ini adalah RM10.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini kecuali tiada caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.
CARA MEMBELI NOMBOR PIN UPU ID UNIK DI BSN 2025
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembelian nombor pin UPU di BSN. Berikut merupakan langkah lengkap bagi setiap kaedah sebagai rujukan umum.
TARIKH PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU DI BSN 2025 | |
Berikut adalah tarikh penting untuk membeli nombor pin Unik UPU: | |
Buka | Tutup |
9 Februari 2025 | 15 Mei 2025 |
PERINGATAN PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU | |
Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU hendaklah berdasarkan kepada perkara berikut: | |
Sebaik selesai membuat pembayaran untuk No. Pin UPU, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID. |
CARA BELI NO PIN UPU BSN 2025/2026 | ||
Dinasihatkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UA/IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti untuk merujuk panduan yang dikongsikan berikut bagi mengetahui panduan membeli no. pin unik ID UPU di BSN melalui beberapa cara iaitu: | ||
Contoh Slip No PIN Unik ID BSN | ||
Bagi pembelian menerusi mesin ATM di BSN, pemohon sama ada pelajar sendiri atau ibu bapa perlu mempunyai akaun Giro BSN dan kad ATM BSN. Berikut adalah kaedah pembelian PIN UPU melalui mesin ATM BSN: | ||
Contoh Resit No PIN Unik ID ATM BSN | ||
Pemohon mesti membuat pendaftaran dahulu sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau mesin ATM. Tambahan, kaedah ini juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun bersama BSN dan kad ATM BSN. Langkah mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM adalah seperti berikut: | ||
Antaramuka ATM/CDM BSN | ||
Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 36898 | ||
Contohnya: PIN 012345 SPM 940101010101 | ||
M-PIN adalah nombor PIN kad Matrix BSN. | ||
Pemohon yang mempunyai akaun bersama BSN dan kad ATM BSN boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Internet myBSN untuk membeli nombor PIN. Langkah mendaftar perbankan Internet myBSN adalah seperti berikut: | ||
Antaramuka myBSN | ||
Pemohon yang tidak mempunyai akaun bersama BSN dan kad ATM BSN boleh menggunakan perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN untuk membeli nombor PIN. |
Berikut adalah ringkasan ORG mengikut kategori pembelian pin IPT untuk SMS: | ||
Bil | Pembelian Pin IPT | Ringkasan |
1 | STPM | STPM |
2 | SPM | SPM |
3 | Lepasan Diploma | L.DIPLOMA |
4 | Lepasan Matrik | L.MATRIK |
5 | Sijil Tinggi Agama Malaysia | STAM |
6 | Matrikulasi | MATRIK |
7 | Politeknik / Kolej Komuniti | POLI |
8 | Bahagian Pendidikan Guru – KPLI, JQAF, PISMP UNISEL | KPLI JQAF PISMP UNISEL |
9 | UITM – Diploma/Sijil/Pra Diploma UITM – PLK (Pengajian Luar Kampus) UITM – Ijazah/Diploma/Master/PhD/Profesional | UITM01 UITM02 UITM03 |
10 | Pusat Perubatan UM | PPUM |
11 | PTPTN | PTPTN |
PROGRAM PENGAJIAN PERMOHONAN UPUOnline | |
Berikut merupakan senarai program pengajian melalui permohonan UPU online yang memerlukan pelajar untuk membeli nombor pin unik ID UPU: | |
JENIS PEMBELIAN PIN | |
Selain pembelian PIN untuk permohonan UPU, pin unik ID juga berguna untuk urusan permohonan seperti yang tersenarai di bawah: | |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dirujuk melalui maklumat berikut:
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- FB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)